Fungsi Aloe Vera Gel

aloe vera gel forever

Forever Aloe Vera Gel merupakan produk terbaik yang dihasilkan daripada tumbuhan aloe vera atau 'lidah buaya' dalam bahasa Melayu. Kebolehannya menyah toksin usus menjadikan aloe vera sangat berkesan sebagai pemakanan tambahan yang telah dinikmati oleh jutaan manusia di seluruh dunia iaitu rahsia kesihatan dan kecantikan. Bahan asas Forever adalah juga merupakan makanan sunnah seperti madu, minyak zaitun, buah delima dan sebagainya.
Dari segi sejarahnya, Dr Rex Maughan adalah merupakan pengasas FLP dan ditubuhkan sejak tahun 1978 dan  berada dilebih 150 buah negara.
Sepuluh sebab utama untuk meminum Gel Aloe Vera:-

Membina Badan
Ia mengandungi 20 jenis asid amino, termasuk 7 jenis asid amino yang perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Asid amino adalah blok binaan bagi membina badan.

Sifat Pemulihan
Ia mengandungi 12 unsur semulajadi yang dapat membantu memulihkan luka akibat calar-calar, luka-luka kecil, luka terbakar dan lain-lain.

Kesihatan dan Kebersihan Gigi
Menggalakkan gusi dan mulut yang sihat. Satu kajian pada 2008 yang diterbitkan dalam Journal Applied Oral Science mendapati bahawa aloe vera adalah lebih berkesan daripada dua jenama ubat gigi yang utama. Malah penggunaan floride dalam ubat gigi boleh memberikan kesan kesihatan yang tidak baik. Menggabungkan penggunaan Forever Bright Toothgel dengan pengambilan Gel Aloe Vera berpotensi menyokong kesihatan dan kebersihan mulut dan gigi anda.

Mempercepatkan Penyembuhan Dan Pembaikpulihan
Gel Aloe Vera meningkatkan fungsi fibroblas, iaitu sel yang membantu pembentukan kolagen dan ia juga menolong melegakan kelecuran, luka-luka dan calar-calar kecil serta kegatalan kulit.

Mengekalkan Berat Badan Yang Sihat Dan Meningkatkan Tahap Tenaga
Secara semulajadi menggalakkan pembersihan sistem penghadaman kita, dengan demikian meningkatkan tahap tenaga serta membantu mengekalkan berat badan yang sihat.

Menyokong Dan Menggalakkan Fungsi Sistem Ketahanan Badan
kandungan unsur-unsur perangsang dapat membantu menggalakkan fungsi sistem pertahanan badan kita.

Sistem Penghadaman Yang Sihat
Secara semulajadinya, Gel Aloe Vera mempunyai keupayaan membersih, dengan demikian membantu pergerakan usus dan meningkatkan penyerapan protein serta nutrien lain.

Membekalkan Mineral Surih
Ia mengandungi 20 mineral semula jadi termasuk kromium, magnesium, mangan, kuprum dan zink.

Membekalkan Vitamin Semulajadi
Ia mengandungi vitamin yang diperlukan dalam diet harian kita termasuk vitamin B12, asid folik, niasin, B6, B2, B1, C, E, dan A.

No comments:

Post a Comment